Thursday, December 8, 2016

Hari Krismas



Bulan Disember adalah bulan yang di tunggu oleh penganut Agama Kristian di mana pada bula ini mereka akan menyambut Hari Natal. Seluruh penganut agama Kristian akan meraikan Hari ini termasuk juga di Malaysia. Mari kita kenali sejarah dan bagaimana sambutan perayaan ini.

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal (Bahasa Inggeris: Christmas), adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran (dimana faktanya, tarikh tersebut bukanlah tarikh kelahiranNya)) Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory).

Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.

Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.

Sejarah

Kitab Perjanjian Baru tidak mencatat tarikh sebenar kelahiran Jesus.[2] Sehinggalah abad ke-19, para penulis kitab Kristian selalu berhujah bahawa 25 Disember merupakan tarikh sebenar kelahiran Jesus.[3] Bagaimanapun, tokoh sains terkemuka, Isaac Newton mendakwa tarikh Krismas telah dipilih agar bersempena dengan perayaan habisnya musim sejuk Rom kuno.[4]Walaupun tarikh moden solstis itu jatuh pada 21 atau 22 Disember, namun orang Rom menandanya pada 25 Disember.[5] Pada tahun 1889, Louis Duchesne berpendapat bahawa tarikh Krismas dikira sebagai sembilan bulan selepas 25 Mac, iaitu tarikh tradisi Jesus mula dikandung Maria.[6] Orang Kristian awal percaya bahawa Jesus disalib pada 25 Mac,[7] tarikh ekuinoks musim bunga mengikut takwim Rom.[8] Pendapat Kebangkitan Yesus berlaku pada tarikh yang sama dengan hari kewafatan Jesus selaras dengan kepercayaan Yahudi bahawa seorang nabi mati apabila berusia kamiran.[9] 9 bulan sebelum Krismas, disambut pula Pesta Khabar Malaikat Kepada Maria.[9]

Sambutan

Hari Krismas disambut sebagai perayaan utama dan cuti umum di kebanyakan negara di dunia, termasuk yang majoriti penduduknya bukan penganut Kristian. Krismas disambut di negara bukan Kristian kerana diperkenalkan oleh bekas penjajah, diduduki oleh kelompok minoriti Kristian atau menerima pengaruh budaya asing.

Walaupun kebanyakan negara menyambut Krismas pada 25 Disember setiap tahun, namun sesetengah gereja di Rusia, Georgia, Mesir, Armenia, Ukraine dan Serbia menyambutnya pada 7 Januari kerana mengikut kalendar Julius yang tarikh 25 Disembernya jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregory.

Di seluruh dunia, sambutan Krismas dirai dalam pelbagai bentuk, dicerminkan oleh kepelbagaian budaya dan tradisi sesebuah negara. Negara-negara yang hangat menyambut Krismas walaupun bilangan penduduk Kristian yang kecil seperti Jepun, telah menerima kebanyakan aspek-aspek sekular dalam sambutan Krismas seperti bertukar hadiah, hiasan lampu dan pokok Krismas.

Setiap agama di dalam Malaysia haruslah di hormati. Tiada lain yang lagi istimewa jika kita warganegara Malaysia terus bersatu padu dan menjaga persahabatan yang telah sekian lama terpupuk ini.

Daftar UAG di sini : https://goo.gl/L5I6XM

Tuesday, November 22, 2016

Gangguan Makhluk Halus



Assalamualaikum...

Anda percaya wujudnya makhluk halus? Jin, bunian , hantu , syaitan? Kebanyakkan kita hanya percayakan kepada yang negatif sahaja. Walhal terdapat juga benda-benda yang kita tidak nampak tetapi kita wajib percaya seperti malaikat, hari kiamat, syurga dan neraka. Bagi yang tidak pernah mengalami kejadian pelik atau 'terkena' , mungkin mereka tidak mempercayainya. Jadi kali ini saya nak bercerita tentang perihal makhluk halus ini dan melalui pengalaman saya.

Tanda-tanda gangguan syaitan/ serangan gangguan makhluk halus:

1. Tidur dalam keadaan resah, rimas dan cemas serta selalu terjaga
2. Mengalami mimpi yang buruk dan menakutkan
3. Bermimpi melihat berbagai jenis binatang seperti kala jengking, anjing, tikus dan lain-lain
4. Kadang menangis dan kadang ketawa ketika tidur
5. Selalu bermimpi terjatuh dari tempat tinggi
6. Terasa panas badan terutama di bahagian belakang
7. Fikiran selalu kacau, terasa gelap dalam perut, badan terasa lesu dan malas
8. Suka marah-marah tanpa suatu sebab yang munasabah
9. Selalu sakit kepala
10. Hilang fokus pada pekerjaan dan juga percakapan
11. Sakit di bahagian bawah tulang kipas dan bawah punggung


Tanda-tanda sihir pemisah (memisahkan seseorang individu dengan individu lain)

1. Terdapat perubahan tabiat/perangai secara tiba-tiba
2. Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau rakan
3. Kehadiran pandangan buruk keatas pasangan misalnya nampak suami atau isteri begitu buruk dan hodoh
4. Masing-masing suka menegakkan benang basah dan tidak mahu mengalah

Tanda-tanda sihir pengasih

1. Kehadiran perasaan rindu dan cinta yang mendadak kepada seseorang
2. Terikut-ikut kehendak pasangan (haram) atau individu secara berlebihan
3. Kuat berkhayal tentang adegan seks
4. Berkeinginan tinggi untuk melakukan hubungan seks

Tanda-tanda sihir menghadirkan penyakit (membuat sesorang itu jatuh sakit)

1. Cakap merapu
2. Fikiran bingung
3. Sentiasa resah gelisah
4. Tidak menjaga kebersihan diri
5. Gemar bersendirian
6. Tidak suka bergaul dengan kawan-kawan
7. Tidak ada kekuatan fizikal dan mental


Dalam banyak-banyak tanda, terdapat lebih kurang 4 tanda pada diri saya. Saya pernah beberapa kali bermimpi yang menakutkan, hantu, ular dan binatang berbisa yang lain. Semasa saya menulis ini, saya masih belum mengesahkan adakah saya benar-benar terkena atau hanya ilusi semata-mata. Saya pos dulu setakat ini sebab esok saya nak berubat dengan seorang ustaz ni. Insyaallah saya akan update lagi nanti.

Update

Sebenarnya bila dah check, tak da apa pun. Semua tu perasaan sendiri je. Duduk sorang2 macam2 terfikir. So jadi masalah jugak. Kalau tak fikir pun jadi masalah jugak. Ustaz tu pun dah bagi air ruqyah. Dah di minum dan di sembur di sekitar rumah. Alhamdulillah dah selamat semua. Ustaz tu pu tak minta apa2 bayaran. Sekadar ikhlas.


Daftar UAG di sini : https://goo.gl/L5I6XM

Tuesday, October 4, 2016

Khasiat Pokok Kapal Terbang

Assalamualaikum.

Pernah dengar pokok kapal terbang?? Orang kampung macam saya mungkin pernah dengar tapi untuk penduduk bandar Mungkin tak pernah dengar. Pokok yang langsung tidak kena mengena dengan namanya tetapi mempunyai banyak khasiat. Hanya mengikut kita mampu buat ataupun tidak..

Bila bercerita pasal ubat ubatan berkonsepkan pokok ni.. dah tentu nak makan atau nak mengambilnya memerlukan cara yang tersendiri. Dan yang paling ramai tak tahan dah tentu rasanya yang akan membuatkan kita tidak lalu. Memang pahit hanya ALLAH sahaja yang tahu.




Tumbuhan ini ialah sejenis tumbuhan beracun.Keracunan pokok ini boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Berhati-hati jika anda menanam pokok ini . Pastikan ia tidak dapat dicapai oleh anak-anak kecil. Kegunaan perubatan pokok kapalterbang hanya sekadar untuk kegunaan luaran sahaja. Daun kapalterbang boleh dijadikan ubat luka. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dah ditampal pada bahagian yang terluka tersebut. 






Selain daripada itu daun kapalterbang 
merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. Caranya adalah dengan mengambil  daun kapal terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih). Buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut. Kadang-kadang daun sekentut juga diupar bersama dengan daun kapal terbang dan kapur untuk untuk ubat kebung dan cirit birit bayi.

Selain dari itu ibu-ibu selepas bersalin menggunakan daun ini untuk bertunku. Khasiat daun kapal terbang ini juga herba mandian atau herba wap. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan. Selain daripada kegunaan perubatan daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak.

Peringatan: selepas guna pokok ini cuci tangan bersih-bersih dan pastikan jangan ada sedikitpun kandungan dari tumbuhan ini masuk kedalam badan kita.Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada baby nya melalui uri. simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali (pembesaran hati). ini disebabkan oleh bahan aktif Alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. malangnya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian. oleh itu anda di nasihatkan supaya berhati-hati menggunakan tumbuhan ini. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera jika sebarang bahagian dari pokok ini termasuk ke dalam tubuh anda.

Ia kadang-kadang ditanam sebagai tumbuhan perubatan dan hiasan. Ia digunakan sebagai ubat tradisionaldi Indonesia. Daun muda yang dihancurkan, dan cecair yang terhasil boleh digunakan untuk merawat luka-luka kulit.

Tapi dalam banyak2 manfaat yang ada, saya lebih suka kepada perubatan kencing manis. Saya adalah antara individu yang mempunyai gejala2 awal kencing manis dan telah cuba dengan mengambil daun kapal terbang ini. Alhamdullilah walaupun tidak banyak berubah tetapi ianya sedikit sebanyak dapat membantu. Tuan2 boleh mencuba bila ada kesenangan nanti.

Daftar LiteForex >> http://bit.ly/2lpUJBw

Khasiat Pokok Kapal Terbang

Assalamualaikum.

Pernah dengar pokok kapal terbang?? Orang kampung macam saya mungkin pernah dengar tapi untuk penduduk bandar Mungkin tak pernah dengar. Pokok yang langsung tidak kena mengena dengan namanya tetapi mempunyai banyak khasiat. Hanya mengikut kita mampu buat ataupun tidak..

Bila bercerita pasal ubat ubatan berkonsepkan pokok ni.. dah tentu nak makan atau nak mengambilnya memerlukan cara yang tersendiri. Dan yang paling ramai tak tahan dah tentu rasanya yang akan membuatkan kita tidak lalu. Memang pahit hanya ALLAH sahaja yang tahu.




Tumbuhan ini ialah sejenis tumbuhan beracun.Keracunan pokok ini boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Berhati-hati jika anda menanam pokok ini . Pastikan ia tidak dapat dicapai oleh anak-anak kecil. Kegunaan perubatan pokok kapalterbang hanya sekadar untuk kegunaan luaran sahaja. Daun kapalterbang boleh dijadikan ubat luka. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dah ditampal pada bahagian yang terluka tersebut. 






Selain daripada itu daun kapalterbang 
merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. Caranya adalah dengan mengambil  daun kapal terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih). Buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut. Kadang-kadang daun sekentut juga diupar bersama dengan daun kapal terbang dan kapur untuk untuk ubat kebung dan cirit birit bayi.

Selain dari itu ibu-ibu selepas bersalin menggunakan daun ini untuk bertunku. Khasiat daun kapal terbang ini juga herba mandian atau herba wap. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan. Selain daripada kegunaan perubatan daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak.

Peringatan: selepas guna pokok ini cuci tangan bersih-bersih dan pastikan jangan ada sedikitpun kandungan dari tumbuhan ini masuk kedalam badan kita.Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada baby nya melalui uri. simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali (pembesaran hati). ini disebabkan oleh bahan aktif Alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. malangnya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian. oleh itu anda di nasihatkan supaya berhati-hati menggunakan tumbuhan ini. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera jika sebarang bahagian dari pokok ini termasuk ke dalam tubuh anda.

Ia kadang-kadang ditanam sebagai tumbuhan perubatan dan hiasan. Ia digunakan sebagai ubat tradisionaldi Indonesia. Daun muda yang dihancurkan, dan cecair yang terhasil boleh digunakan untuk merawat luka-luka kulit.

Tapi dalam banyak2 manfaat yang ada, saya lebih suka kepada perubatan kencing manis. Saya adalah antara individu yang mempunyai gejala2 awal kencing manis dan telah cuba dengan mengambil daun kapal terbang ini. Alhamdullilah walaupun tidak banyak berubah tetapi ianya sedikit sebanyak dapat membantu. Tuan2 boleh mencuba bila ada kesenangan nanti.

Daftar UAG di sini : https://goo.gl/L5I6XM
Daftar XM sini  : https://goo.gl/vbAJQg

Sunday, August 28, 2016

ISU SEMASA : PROTON PERSONA 2016 DI LANCARKAN.

Assalamualaikum..

Mungkin masih ramai yang tidak tahu Proton telah mengeluarkan satu lagi Model keretanya iaitu Proton Persona 2016. Walaupun masih mengekalkan nama yang sama namun dapat di lihat banyak perubahan yang di tonjolkan untuk Model Persona 2016 kali ini.

PROTON Holdings Bhd (PROTON) tidak ketinggalan untuk mengeluarkan jentera keluaran mereka pada tahun 2016 yang menyaksikan kereta sedan Proton Persona serba baharu akan dilancarkan pada 23 Ogos ini Tempahan kereta baru Proton Persona 2016 boleh dibuat mulai pada tarikh 15 Ogos 2016. Proton Persona ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium serta didatangkan dengan ciri keselamatan terbaik

Dari pandangan pertama, Kereta Proton Persona dilihat sarat dengan penambahbaikan berbanding model terdahulu. Malah menerusi tinjauan MYsumber di laman media sosial permotoran, boleh merumuskan bahawa ciri-ciri baharu yang dipertingkatkan itu dijangka Persona serba baharu ini mendapat sambutan hangat dan mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap jenama Proton Ringkasan Ciri-Ciri Kereta Proton Persona 2016 Proton Persona 2016 menggunakan enjin 1.6 Liter VVT untuk semua varian, Persona yang menerima pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP, mampu memecut 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 10.9 saat, prestasi lebih baik berbanding 12 saat untuk model terdahulu 

‎Dari sudut keselamatan, Proton Persona 2016 didatangkan dengan enam beg udara bagi varian Premium dan dua beg udara bagi varian lain, serta ciri lain termasuk Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Brek (BA), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Anti-kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD) Sementara, ruang but juga dipertingkatkan dengan kapasiti 510 liter berbanding 430 liter bagi model terdahulu, dan lebih menarik adalah sistem penjimatan bahan api yang mengagumkan iaitu kurang 13 peratus bagi transmisi manual dan 10 peratus (automatik) berbanding Persona yang dilancarkan pada 2007 Selain sistem keselamatan dipertingkatkan, PROTON juga menerapkan inovasi terkininya untuk struktur badan dengan menggunakan teknologi Hot Press Forming, yang mana kekuatannya lima kali ganda dari besi biasa Untuk varian Stan­dard, terdapat dua pilihan transmisi gear iaitu manual dan auto manakala varian Premium ialah pilihan bodykit dan tanpa bodykit Proton Persona ditawarkan dalam enam pilihan warna iaitu Car­nelian Brown, Quartz Black, Cotton White, Ruby Red, Sterling Silver dan Graphite Grey.







Daftar UAG di sini : https://goo.gl/L5I6XM
Daftar XM sini  : https://goo.gl/vbAJQg

Tips : Kurangkan Tekanan Darah Tinggi Tanpa Ubat-Ubatan,

Assalamualaikum.

Tiba-tiba teringin pulak nak bercerita pasal penyakit hari ini. Penyakit ini adalah salah satu sebab saya terpaksa berhenti di tempat kerja lama saya. Hampir 5 tahun saya bekerja dan disebabkab penyakit ini saya terpaksa menyerah kalah. Penyakit darah tinggi atau Hipertensi. 

Punca saya mengidap penyakit ini adalah kerana saya sangat suka makan. Memang tiada istilah pantang di dalam diri saya. Apa yang nampak sedap memang saya tidak akan melepaskan peluang. maka berat badan makin bertambah dan diri ini sentiasa tidak sihat. Di bawah ini saya sertakan tip-tip untuk mengelakkan penyakit darah tinggi tanpa ubat. Walaupun tip nmapak mudah tetapi bukan mudah untuk melakukannya. Tolonglah jaga kesihatan anda. Jangan jadi macam saya.


1. Kurangkan Berat dan Jaga Pinggang Anda
Tekanan darah sering bertambah dengan peningkatan berat badan. Kehilangan hanya 10 paun (4.5 kilogram) boleh membantu mengurangkan tekanan darah anda. Secara umum, berat badan yang lebih anda kehilangan, yang menurunkan tekanan darah anda. Kehilangan berat badan juga membuat apa-apa ubat tekanan darah anda mengambil lebih berkesan. Anda dan doktor anda boleh menentukan berat badan sasaran anda dan cara terbaik untuk mencapainya..

Selain menumpahkan pound, anda juga perlu menyimpan mata pada garis pinggang anda. Membawa berat badan yang terlalu banyak di sekeliling pinggang anda boleh menempatkan anda pada risiko yang lebih besar daripada tekanan darah tinggi. Secara umum:

Lelaki mempunyai risiko jika ukuran pinggang mereka adalah lebih besar daripada 40 inci (102 sentimeter, atau cm).
Wanita berisiko jika ukuran pinggang mereka adalah lebih besar daripada 35 inci (89 cm).
Lelaki Asia mempunyai risiko jika ukuran pinggang mereka adalah lebih besar daripada 36 inci (91 cm).
Wanita Asia mempunyai risiko jika ukuran pinggang mereka adalah lebih besar daripada 32 inci (81 cm).

2. Bersenam secara tetap
Aktiviti fizikal yang kerap - sekurang-kurangnya 30 hingga 60 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu - boleh menurunkan tekanan darah anda dengan 4-9 milimeter merkuri (mm Hg). Dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk melihat perbezaan. Jika anda tidak aktif, meningkatkan tahap senaman anda boleh menurunkan tekanan darah anda dalam masa hanya beberapa minggu.

Jika anda mempunyai prehypertension - tekanan sistolik di antara 120 dan 139 atau tekanan diastolik antara 80 dan 89 - senaman boleh membantu anda mengelakkan membangunkan tekanan darah tinggi besar-besaran. Jika anda sudah mempunyai tekanan darah tinggi, aktiviti fizikal yang kerap boleh membawa tekanan darah anda turun ke tahap yang lebih selamat.

Berbincang dengan doktor anda mengenai membangunkan program senaman. Doktor anda boleh membantu menentukan sama ada anda memerlukan apa-apa sekatan senaman. Walaupun aktiviti sederhana selama 10 minit pada satu masa, seperti berjalan dan latihan kekuatan cahaya, boleh membantu.

Tetapi mengelakkan menjadi "pahlawan hujung minggu." Cuba untuk memerah semua latihan anda dalam pada hujung minggu untuk membuat yang tidak aktif hari minggu bukan strategi yang baik. Mereka yang pecah secara tiba-tiba aktiviti sebenarnya boleh menjadi berisiko.

3. Makan makanan yang sihat
Makan diet yang kaya dengan bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu rendah lemak dan skimps pada lemak tepu dan kolesterol boleh menurunkan tekanan darah anda sehingga 14 mm Hg. Pelan pemakanan yang dikenali sebagai Pendekatan Pemakanan untuk Hentikan Hipertensi (DASH) diet.

Ia tidak mudah untuk mengubah tabiat makan anda, tetapi dengan tips ini, anda boleh mengamalkan diet yang sihat:

Simpan satu diari makanan. Menulis apa yang anda makan, walaupun hanya untuk seminggu, boleh memberi penerangan mengejutkan pada tabiat makan yang sebenar anda. Memantau apa yang anda makan, berapa banyak, bila dan mengapa.
Pertimbangkan meningkatkan kalium. Kalium boleh mengurangkan kesan sodium pada tekanan darah. Sumber terbaik kalium adalah makanan, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, dan bukan makanan tambahan. Berbincang dengan doktor anda mengenai tahap kalium yang terbaik untuk anda.
Jadilah pelanggan yang bijak. Buat satu senarai membeli-belah sebelum menuju ke pasar raya untuk mengelakkan mengambil makanan ringan. Baca label makanan apabila anda membeli-belah dan berpegang kepada pelan-sihat makan anda apabila anda makan di luar, terlalu.
Terluka sedikit kelonggaran. Walaupun diet DASH adalah panduan pemakanan sepanjang hayat, ia tidak bermakna anda perlu memotong keluar semua makanan yang anda suka. Ia OK untuk merawat diri sekali-sekala untuk makanan yang anda tidak akan mendapati pada menu diet DASH, seperti bar gula-gula atau kentang lecek dengan kuah.


4. Mengurangkan natrium dalam diet anda
Walaupun pengurangan kecil dalam natrium dalam diet anda dapat mengurangkan tekanan darah sebanyak 2 hingga 8 mm Hg. Cadangan-cadangan untuk mengurangkan natrium adalah:

  • Hadkan natrium kepada 2,300 miligram (mg) sehari atau kurang.
  • Satu tahap sodium yang lebih rendah - 1,500 mg sehari atau kurang - sesuai untuk orang-orang 51 tahun atau lebih tua, dan individu tanpa mengira usia yang yang Afrika-Amerika atau mempunyai tekanan darah tinggi, kencing manis atau penyakit buah pinggang kronik.
Untuk mengurangkan natrium dalam diet anda, pertimbangkan tips ini:

  • Menjejaki berapa banyak garam dalam diet anda. Simpan satu diari makanan untuk menganggarkan berapa banyak natrium adalah apa yang anda makan dan minum setiap hari.
  • Baca label makanan. Jika boleh, memilih alternatif rendah natrium daripada makanan dan minuman yang biasanya anda membeli.
  • Makan makanan yang diproses lebih sedikit. Kerepek kentang, makan malam beku, daging dan daging makan tengah hari diproses adalah tinggi dalam natrium.
  • Jangan tambah garam. Hanya 1 tahap sudu teh garam mempunyai 2,300 mg natrium. Menggunakan herba atau rempah, dan bukannya garam, untuk menambah rasa lebih kepada makanan anda.
  • Kemudahan ke dalamnya. Jika anda tidak merasa seperti anda secara drastik boleh mengurangkan natrium dalam diet anda secara tiba-tiba, mengurangkan secara beransur-ansur. Lelangit anda akan menyesuaikan diri dari masa ke masa.
5. Hadkan jumlah alkohol yang anda minum
Alkohol boleh kedua-dua baik dan buruk untuk kesihatan anda. Dalam jumlah yang kecil, ia berpotensi untuk menurunkan tekanan darah anda dengan 2 hingga 4 mm Hg. Tetapi itu kesan perlindungan hilang jika anda minum terlalu banyak alkohol - biasanya lebih daripada satu minuman sehari bagi wanita dan lelaki yang lebih tua daripada umur 65 tahun, atau lebih daripada dua hari untuk lelaki umur 65 tahun dan ke bawah. Juga, jika anda biasanya tidak minum alkohol, anda tidak perlu memulakan minuman sebagai satu cara untuk menurunkan tekanan darah anda. Ada bahaya yang lebih daripada manfaat untuk minum arak.


Jika anda minum lebih daripada jumlah yang sederhana itu, alkohol sebenarnya boleh meningkatkan tekanan darah dengan beberapa mata. Ia juga boleh mengurangkan keberkesanan ubat tekanan darah tinggi.


Mengesan corak minuman anda. Bersama-sama dengan buku harian makanan anda, menyimpan diari alkohol untuk mengesan pola minum sebenar anda. Satu minuman sama dengan 12 auns (355 mililiter, atau mL) bir, 5 auns wain (148 mL) atau 1.5 auns 80-bukti minuman keras (45 mL). Jika anda minum lebih daripada jumlah yang disyorkan, mengurangkan.


Pertimbangkan tirus off. Jika anda seorang peminum berat, tiba-tiba menghapuskan semua alkohol sebenarnya boleh mencetuskan tekanan darah tinggi yang teruk selama beberapa hari. Oleh itu, apabila anda berhenti minum, melakukannya dengan pengawasan doktor atau berkurangan perlahan-lahan, dalam tempoh satu hingga dua minggu.


Tidak pesta minum-minum. Pesta minum-minum - mempunyai empat atau lebih minuman berturut-turut - boleh menyebabkan peningkatan besar dan secara tiba-tiba dalam tekanan darah, sebagai tambahan kepada masalah kesihatan yang lain.

6. Elakkan produk tembakau dan asap rokok
Di atas semua bahaya lain merokok, nikotin dalam produk tembakau boleh meningkatkan tekanan darah anda sebanyak 10 mm Hg atau lebih sehingga satu jam selepas anda merokok. Merokok sepanjang hari bermakna tekanan darah anda boleh kekal sentiasa tinggi.


Anda juga harus mengelak daripada asap rokok. Terhidu asap daripada orang lain juga mendedahkan anda kepada risiko masalah kesihatan, termasuk tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.



7. Kurangkan pengambilan kafein
Memainkan peranan kafein dalam tekanan darah masih diperdebatkan. Minum minuman berkafein buat sementara waktu boleh menyebabkan kenaikan tekanan darah anda, tetapi ia tidak jelas sama ada kesannya adalah sementara atau berkekalan.


Untuk melihat jika kafein meningkatkan tekanan darah anda, memeriksa tekanan anda dalam tempoh 30 minit minum secawan kopi atau minuman berkafein lain anda kerap minum. Jika tekanan darah anda meningkat sebanyak lima hingga 10 mata, anda mungkin sensitif kepada tekanan darah yang meningkatkan kesan kafein.



8. Mengurangkan tekanan anda
Tekanan atau kecemasan sementara boleh meningkatkan tekanan darah. Ambil sedikit masa untuk berfikir tentang apa yang menyebabkan anda berasa tertekan, seperti kerja, keluarga, kewangan atau penyakit. Sebaik sahaja anda tahu apa yang menyebabkan tekanan anda, pertimbangkan bagaimana anda boleh menghilangkan atau mengurangkan tekanan.


Jika anda tidak boleh menghapuskan semua tekanan anda, anda sekurang-kurangnya dapat menampung dengan mereka dengan cara yang lebih sihat. Ambil rehat untuk latihan dalam-pernafasan. Dapatkan urutan atau mengambil yoga atau meditasi. Jika bantu diri tidak berfungsi, mencari seorang profesional untuk kaunseling.



9. Memantau tekanan darah anda di rumah dan membuat temu janji doktor tetap.
Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, anda mungkin perlu untuk memantau tekanan darah anda di rumah. Belajar untuk diri memantau tekanan darah anda dengan lengan atas monitor boleh membantu memberi motivasi kepada anda. Berbincang dengan doktor anda mengenai pemantauan di rumah sebelum memulakan.

Lawatan yang kerap ke doktor anda juga mungkin menjadi sebahagian daripada rutin biasa anda. Lawatan akan membantu menjaga tab pada tekanan darah anda.

Mempunyai penjagaan doktor utama. Orang yang tidak mempunyai penjagaan doktor utama merasa sukar untuk mengawal tekanan darah mereka. Jika anda boleh, melawat kemudahan penjagaan kesihatan yang sama atau profesional untuk semua keperluan penjagaan kesihatan anda.

Lawati doktor anda secara berkala. Jika tekanan darah anda tidak dikawal dengan baik, atau jika anda mempunyai masalah perubatan yang lain, anda mungkin perlu untuk melawat doktor anda setiap bulan untuk mengkaji rawatan anda dan membuat pelarasan. Jika tekanan darah anda di bawah kawalan, anda mungkin perlu untuk melawat doktor anda hanya setiap enam hingga 12 bulan, bergantung kepada syarat-syarat lain yang anda mungkin mempunyai.

10. Dapatkan sokongan dari keluarga dan rakan-rakan
Keluarga yang menyokong dan rakan-rakan boleh membantu meningkatkan kesihatan anda. Mereka akan menggalakkan anda untuk menjaga diri anda, memandu anda ke pejabat doktor atau memulakan program senaman dengan anda untuk mengekalkan tekanan darah yang rendah anda. Berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan mengenai bahaya tekanan darah tinggi anda.

Jika anda mendapati anda memerlukan sokongan luar keluarga dan rakan-rakan anda, pertimbangkan untuk menyertai kumpulan sokongan. Ini boleh menghubungkan anda dengan orang-orang yang boleh memberi anda dorongan emosi atau moral dan yang boleh menawarkan tips praktikal untuk menangani keadaan anda.

Sini Untuk Berdaftar : http://bit.ly/2bZNvjk

Minda Separa Sedar

Assalamualaikum....


Hari ini terfikir nak berbicara tentang Minda Separa Sedar. Saya bukanlah orang yang arif nak bercakap pasal hal ini tetapi mari kita sama-sama mengkaji dan cuba menghuraikan di mana keistimewaan minda separa sedar ini. Boleh dikatakan kebanyakkan orang yang berjaya di dunia ini berjaya mengaktifkan minda separa sedar.

Definisi Minda Separa Sedar dan Minda Sedar.


Minda Sedar (Conscious Mind)
– minda yang kita boleh kawal, seperti berfikir, belajar, memasak, berbual, dan banyak lagi.

Minda Separa Sedar (Subconscious Mind)
– ia tidak berfungsi secara logik, lebih kepada emosi, rasa hati, imaginasi, mimpi.

Di atas adalah bahasa mudah bagaimana minda separa sedar dan minda sedar berfungsi. Untuk mengaktifkan minda separa sedar, kita perlulah membuat beberapa perkara. Hanya 90% sahaja manusia di muka bumi ini mampu untuk mengaktifkan minda separa sedar ini. Dari penerangan beberapa pakar minda separa sedar ini dapat disimpulkan bahawa berfikiran positif adalah kunci utama untuk mengaktifkan minda separa sedar.




Cara nak aktifkan minda separa sedar.


Kita boleh aktifkan dan mantapkan minda separa sedar pada waktu-waktu yang dipanggil sebagai alpha wave di mana ianya adalah waktu perantaraan minda sedar dan minda separa sedar.
  1. Waktu hujan
  2. Waktu kita berehat
  3. Waktu solat
  4. Waktu hampir tidur
Waktu-waktu ini adalah di mana kita di dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang nak buat masa kita nak tidur.
  1. Pejamkan mata
  2. Bercakap dengan diri sendiri di dalam hati, apa yang nak kita berlaku esok atau bila-bila
  3. Berdoa pada Allah, mintak apa yang kita nak dan hajati
  4. Ulang banyak-banyak kali
Untuk kes macam saya, saya seorang ejen insurans. Jadi setiap hari sebelum tidur saya perlu bercakap dengan diri sendiri. Contohnya "aku nak berjaya" atau "aku nak menjadi salah seorang top leader untuk bulan ini". Ini adalah salah satu contoh bagaimana untuk mengaktifkan minda separa sedar.

Saya juga mempunyai pengalaman di mana bekas Bos saya menulis namanya setiap hari sambil memikirkan kejayaan. Katanya ia adalah salah satu cara untuk berfikiran positif dan memberi fokus kepada dirinya agar dapat menuju kejayaan. Mungkin ini juga adalah salah satu cabang minda separa sedar.

Kredit : http://eshazara.blogspot.my


Daftar UAG di sini : https://goo.gl/L5I6XM
Daftar XM sini  : https://goo.gl/vbAJQg

Saturday, August 27, 2016

Isu Semasa : Lan Pet Pet Di Kompaun.

Pelawak terkenal dari kumpulan Senario, Lan Pet Pet di kompaun oleh MBSJ kerana meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak di benarkan dan mengganggu lalu lintas. Isu ini menjadi hangat apabila terdapat seorang netizen memuat naik video menunjukkan pertelingkahan antara Lan Pet Pet dengan seorang Pegawai MBSJ.

Lan Pet Pet berang apabila pegawai MBSJ mengunci tayar keretanya kerana masih terdapat Isterinya di dalam kereta. Ujar Lan Pet Pet pegawai boleh meinta isterinya untuk mengalih kereta tersebut tanpa perlu mengunci keretanya. Video berdurasi 2 minit itu menjadi viral sejak kelmarin.



Tetapi perkara ini sudah diselesaikan dengan cara baik apabila Lan Pet Pet membayar kompaun dan meminta maaf secara terbuka. Sikap inilah yang perlu dijadikan contoh apabila memintamaaf apabila melakukan kesalahan. Bagi kami juga di Luthmedina menganggap perbuatan Lan Pet Pet adalah betul dan mengaku kesilapannya. Tahniah Mazlan...

Kredit : Utusan Malaysia

Keperluan Takaful

Bila kita bercerita tentang Insurans mesti akan bercerita pasal mati , kemalangan dan penyakit. Sudah menjadi lumrah manusia akan sakit dan kita tidak dapat menjamin keselamatan kita. Kalau yang beragama Islam pula kita mesti percaya kepada Qada dan Qadar. Salah satu cara untuk meringankan beban kita bila di timpa musibah adalah dengan perlindungan Insurans dan Takaful.

Insurans dan Takaful mempunyai perbezaan yang amat ketara walaupun fungsinya adalah lebih kurang sama. Bahasa mudah Takaful adalah terjamin dari segi kesuciannya dan Insurans konvensional adalah tidak terjamin kesuciannya. Sila rujuj rajah di bawah supaya kita nampak dengan lebih jelas lagi.


Apa Insurans Konvensional?
  1. Pemegang polisi akan membayar polisi kepada syarikat insurans dan semua duit akan dipegang dan diuruskan oleh syarikat tersebut.
  2. Syarikat Insurans akan melaburkan bayaran premium pelanggan mereka ke dalam pelaburan yang mereka rasakan sesuai untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum tanpa menghiraukan syarikat pelaburan itu patuh syariah ataupun tidak.
  3. Keuntungan syarikat dari pelaburan tersebut adalah hak mutlak syarikat.
  4. Syarikat Insurans akan membayar pampasan mengikut pelan Insurans yang di ambil pelanggan.
Apa Takaful?

Dalam konsep takaful, pemegang sijil akan menyumbang setiap bulan dan dikumpulkan di dalam satu tabung. Dana di dalam tabung akan digunakan untuk menolong ahli-ahli yang lain. Bahasa mudah Takaful lebih kepada  konsep tolong menolong. Takaful lebih mementingkan amalan keadilan dan kesamarataan di mana takaful tidak mengmbil semua pendapatan dari pelaburan.
  1. Pemegang polisi akan membuat sumbangan setiap bulan dan sebahagian dari sumbangan ini akan di berikan kepada syarikat pengendali Takaful. Sumbangan ini di namakan Fi Wakalah.
  2. Pengendali Takaful akan membuat pelaburan di syarikat-syarikat yang mempunyai Tauliah patuh syariah.
  3. Semua keuntungan akan di masukkan kembali ke dalam Tabung Takaful dan jika terdapat lebihan akan di agihkan kepada ahli.
  4. Pemegang polisi akan diberitahu tempoh polisi dan segala terma-terma yang terdapat di dalam perjanjian. Tidak akan ada bayaran lain yang tersembunyi.

Apa kepentingan Mengambil Pelan Takaful Berbanding Insurans Konvensional?

Sebagai seorang Muslim kita perlu memastikan setiap inci diri kita bebas dari unsur-unsur riba atau amalan-amalan yang boleh merosakkan akidah kita sebagai seorang Islam. Begitu juga dengan Takaful. Kita boleh memilih untuk menjadi salah seorang penyumbang di dalam Takaful dan mendapat menfaat darinya di samping menjamin kesuciannya.

Kita juga berpeluang untuk menyucikan harta kita dari sebarang riba yang terdapat di dalam perniagaan konvensional.Walaupun pada masa ini sukar untuk menetukan halal dan haram tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba. Salah satu caranya adalah dengan menyumbang di dalam takaful.

Kita juga dapat saling bantu menbantu sesama Muslim dan mengembangkan ekonomi umat Islam. Jika kita dapat memberi sokongan kepada perniagaan bukan Islam kenapa kita susah hendak menyokong perniagaan Islam? Fikirkan....




Daftar UAG di sini : https://goo.gl/L5I6XM
Daftar XM sini  : https://goo.gl/vbAJQg

Saturday, May 28, 2016

Untuk Mereka yang nak menjana duit melalui online FOREX.

Assalamualaikum.

Saya pasti ramai yang pernah dengar perkataan FOREX. Tetapi masih ramai yang tidak tahu bagaimana ia berfungsi. Saya juga antara individu yang masih mentah di dalam bidang ni. Newbie lah istilah yang sesuai.

Saya kenal FOREX lebih kurang tahun 2009 tetapi lebih kurang 2014 barulah niat hati nak serius dalam bidang ni.

Post ni just nak promote affiliate sahaja. Saya bukan orang marketing tapi just nak cuba. Mana tahu nasib baik kan. Rezeki masing2..

http://bit.ly/1XDvWbt


Click kat link tu and just register. Tak rugi pun nak cuba.

Terima Kasih.

Thursday, March 10, 2016

Buah Mengkudu



Salam.....


Tadi lepas maghrib ada 1 meeting area Bandar Sunway. Tajuk meeting tu pasal buah mengkudu. Saya ni kategori orang kampung tapi tak tahu buah ni banyak khasiat terutama untuk orang darah tinggi dan kencing manis. So , dari situ saya dapat tahu ada 1 produk ni agak famous dan sangat sesuai untuk mencegah penyakit2 3 serangkai ni. Sebelum apa2 baik kita tengik dulu apa yang baiknya pasal buah mengkudu ni.








Khasiat Pokok Mengkudu


Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.


Khasiat Pokok Mengkudu yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti darah tinggi, Kanser, kencing manis, Masaalah buah pinggang, mengkudu, Morinda spp, noni, Penafasan.


Proxeronine penting untuk mensintesis alkaloid xeronine. Xeronine ialah sejenis protein yang hanya dapat dihasilkan dalam usus manusia. Kekurangan xeronine boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Proxeronine dan proxeronase akan berubah menjadi xeronine melalui tindakbalas biokimia dalam usus. Ini seterusnya boleh mengaktifkan fungsi enzim dalam badan manusia serta merangsang sistem pencernaan, sistem peredaran darah, sistem doktrin dan sistem pembiakan.


Dengan adanya xeronine, ia boleh mencegah pelbagai jenis penyakit seperti diarrhea, asma, diabetes, arthritis, migrain, masalah haid, batuk, sakit tekak, penyakit mulut dan gusi, merendahkan tekanan tinggi, mencegah pertumbuhan parasit dan kulat, merencatkan pertumbuhan sel-sel barah dan lain-lain penyakit lagi.


Xeronine juga menggalakkan pertumbuhan tisu dan mengaktifkan fungsi sel-sel badan. Oleh itu, xeronine turut memperlihatkan kesan yang terserlah untuk patah tulang, salah urat, seranggan serangga, barah, melecur dan terbakar serta menghalang proses penuaan.


Merawat penyakit kronik seperti penyakit barah atau kanser, penyakit jantung, strok, diabetes (jenis 1dan jenis 2), afrodiasiak, kegemukan, tekanan darah tinggi, rheumatism, sakit alergik, masalah pencernaan, masalah pernafasan, masalah tidur, gangguan fungsi otak, penyakit buah pinggang, ataupun tekanan.


Buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat.


Di kalangan masyarakat kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap sebagai buah ajaib kerana nilai perubatannya yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu.


Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri. Biji mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap. Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Sementara itu, pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna untuk menghalang proses penuaan.


So, dari sini kita dapat simpulkan buah mengkudu ini mempunyai khasiat yang sangat banyak dan mempunyai potensi untuk di komersialkannya. Sampai sini dulu penulisan saya untuk malam ni. SALAM.......


Sumber Rujukan.


http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2011/08/mengkudu-penawar-atau-racun.html


Daftar UAG di sini : https://goo.gl/L5I6XM
Daftar XM sini  : https://goo.gl/vbAJQg

Maggie Goreng simple........



Salam....


Petang2 ni tak tau nak buat apa. Dah diri ni suka sangat dengan makanan, So kepala otak
pun asyik fikir pasal makan ja. Tiba2 ternampak Mee Maggie yang tersadai dekat 2 bulan
dah. So, di sini saya sertakan beberapa resepi Maggie goreng yang simple dan sangat sesuai
untuk 'budak2' bujang.



BAHAN-BAHAN (3 Bungkus Maggi)

1) Mee Cintan Tanpa Goreng @ Mee Maggi
2) Bawang Merah Kecil dan Bawang Putih
3) Sos
4) Kicap
5) Lada Hitam Serbuk @ Lada Hitam Biji
6) Udang atau Ayam
7) Garam dan gula secukup rasa
8) Taugeh jika suka

CARA MEMASAK

1) Masak air di dalam periuk. Setelah mendidih, celurkan mee anda. Jangan terlalu lama, takut nanti terlembik sangat dan hancur bila digoreng.
2) Hiris bawang merah kecil dan bawang putih. Sukatan? Kalau aku gunakan sebungkus mee maggi, aku pakai 2 - 3 biji bawang merah kecil dan 2 ulas bawang putih. Panaskan kuali. Bila dah panas, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan putih yang kita hiris tadi sehingga kekuningan dan naik bau.

TIPS : Bawang merah kecil bagi aku lebih sedap dan manis jika dibandingkan dengan bawang merah besar. Dan selalunya, aku suka pakai banyak bawang sebab ianya menambahkan manis pada mee yang kita goreng. LAGI BANYAK BAWANG MERAH KECIL LAGI BEST!

3) Masukkan sos cili. Aku main curah saja. Agak-agak. Ikut rasa. Tapi lebih kurang dalam 5 - 6 sudu besar. Masukkan kicap cair. Ini pun agak-agak. Jangan terlalu banyak sebab nanti hitam dan masin. Ikut selera anda.

4) Gaulkan sos dan kicap tadi biar sebati. Masukkan udang atau ayam anda. Aku suka masukkan udang atau ayam dalam mee goreng sebab ianya memaniskan masakan dan tak nampak terlalu bosan. Jika anda rasa terlalu pekat, anda boleh campurkan air sedikit. Sedikit saja okay. Jangan terlalu banyak. Yang penting kelikatan kuah dia masih kekal. Jangan terlalu likat jangan terlalu cair. AGAK-AGAK. ^^

5) Taburkan sedikit lada hitam serbuk. Aku malas nak guna biji sebab malas nak tumbuk. Tapi kalau guna yang biji bagi aku lagi sedap rasanya. Orang kata, rasa dia bangkit. Anggaran dalam setengah sudu kecil.

6) Perisakan dengan garam dan gula ikut selera anda. Akhir sekali masukkan mee yang telah dicelur. Gaul sehingga bahan tumisan tadi kena pada mee anda dengan serata. Taburkan sedikit serbuk lada hitam pada mee untuk memberi kepedasan pada masakan. Sukatan terpulang dan ikut selera anda.

7) Masukkan taugeh sebelum mee diangkat. Kaup balikkan kesemua bahan. Bila dah agak semuanya mesra (tak perlu terlalu lama atas api), tutup api dan bolehlah dihidang.

So, dah boleh hidang. Selamat mencuba.

Nasi Lemak



Salam....


Hari ni teringin plak nak makan nasi lemak. Ini adalah salah satu makanan kegemaran saya dan antara makanan yang menjadi pantang sejak2 ni. :-(

Ok. Nak makan sapa pun tau kan. Masalah nak buat tu yang menjadi masalah kepada orang ramai. Untuk pengetahuan, makan masakan sendiri adalah lebih afdal terutama kepada mereka2 yang ada penyakit 3 serangkai (Darah tinggi, kencing manis, jantung.





Resepi Nasi Lemak 1

Bahan untuk nasi

3 cawan beras
1 cawan santan
3 cawan air ( anggaran saja –kadar air ikut jenis beras yang anda guna, boleh tambah jika di perlukan)
3 hiris halia
1 helai daun pandan
3 ulas bawang merah ( di hiris) sedikit garam
Cara-caranya

Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
Bahan Untuk Sambal
6 sudu besar cili giling
3 biji bawang merah

– ditumbuk 2 ulas bawang putih

– ditumbuk 2 biji bawang besar

– 1 biji bawang ditumbuk dan 1 biji bawang besar hiris
segenggam ikan bilis ( sebahagian di tumbuk, sebahagian lagi di goreng )
sedikit air asam jawa
sedikit belacan jika suka
sedikit garam, gula dan perasa

Cara membuat sambal
1. Tumis cili giling, bawang merah, bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan belacan hingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng.
Bahan sampingan lain;
ikan bilis goreng timun
dihiris kacang tanah telur rebus
Resepi Nasi Lemak 2

3 cawan beras basmathi
~ cuci bersih dan rendam sekejap
~ kemudian toskan airnya

2 cawan santan
~ dari 1 biji kelapa

3 cawan air

Sedikit minyak untuk menumis

2 helai daun pandan
~ disiat 2 dan disimpul

1 batang serai
~ dititik

2 sudu teh halba

1 sudu teh garam

2 inc halia
~ dihiris kasar atau dititik

3 ulas bawang merah ~ dihiris
Cara Memasak
Mula-mula kita pijarkan minyak dalam periuk
Tumiskanlan bawang, serai, halia, daun pandan dan halba hingga wangi
Masukkan air dan santan
Masak hingga mendidih
Tambahkan garam dan kacau rata.
Dalam periuk nasi kita tuangkan beras yang telah kita toskan airnya tadi!
Kemudian kita tuangkan pula santan yang telah kita masak diatas tadi
Tanaklah nasi seperti biasa.
Bila dah masak kacau nasi dengan menggunakan chopsyik supaya beras tak patah
Nasi lemak sedia dihidangkan bersama sambal tumis, telur rebus atau telur dadar, timun, kacang goreng
Resepi Nasi Lemak 3
Bahan untuk nasi:
2 cawan beras
1 cawan santan dan 1 cawan air (guna 1/2 cawan santan pekat dan 1 1/2 cawan air)
1 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia
secubit garam
Bahan untuk sambal:
6 sudu besar cili kering mesin
4 ulas bawang merah -ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang besar -dihiris
segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
sedikit air asam jawa
sedikit belacan (jika suka)
garam dan gula
Bahan sampingan lain:
Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.
Cara penyediaan:
Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
Tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang yang ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Ok... Selamat mencuba...... :-)