Sunday, August 28, 2016

Minda Separa Sedar

Assalamualaikum....


Hari ini terfikir nak berbicara tentang Minda Separa Sedar. Saya bukanlah orang yang arif nak bercakap pasal hal ini tetapi mari kita sama-sama mengkaji dan cuba menghuraikan di mana keistimewaan minda separa sedar ini. Boleh dikatakan kebanyakkan orang yang berjaya di dunia ini berjaya mengaktifkan minda separa sedar.

Definisi Minda Separa Sedar dan Minda Sedar.


Minda Sedar (Conscious Mind)
– minda yang kita boleh kawal, seperti berfikir, belajar, memasak, berbual, dan banyak lagi.

Minda Separa Sedar (Subconscious Mind)
– ia tidak berfungsi secara logik, lebih kepada emosi, rasa hati, imaginasi, mimpi.

Di atas adalah bahasa mudah bagaimana minda separa sedar dan minda sedar berfungsi. Untuk mengaktifkan minda separa sedar, kita perlulah membuat beberapa perkara. Hanya 90% sahaja manusia di muka bumi ini mampu untuk mengaktifkan minda separa sedar ini. Dari penerangan beberapa pakar minda separa sedar ini dapat disimpulkan bahawa berfikiran positif adalah kunci utama untuk mengaktifkan minda separa sedar.




Cara nak aktifkan minda separa sedar.


Kita boleh aktifkan dan mantapkan minda separa sedar pada waktu-waktu yang dipanggil sebagai alpha wave di mana ianya adalah waktu perantaraan minda sedar dan minda separa sedar.
  1. Waktu hujan
  2. Waktu kita berehat
  3. Waktu solat
  4. Waktu hampir tidur
Waktu-waktu ini adalah di mana kita di dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang nak buat masa kita nak tidur.
  1. Pejamkan mata
  2. Bercakap dengan diri sendiri di dalam hati, apa yang nak kita berlaku esok atau bila-bila
  3. Berdoa pada Allah, mintak apa yang kita nak dan hajati
  4. Ulang banyak-banyak kali
Untuk kes macam saya, saya seorang ejen insurans. Jadi setiap hari sebelum tidur saya perlu bercakap dengan diri sendiri. Contohnya "aku nak berjaya" atau "aku nak menjadi salah seorang top leader untuk bulan ini". Ini adalah salah satu contoh bagaimana untuk mengaktifkan minda separa sedar.

Saya juga mempunyai pengalaman di mana bekas Bos saya menulis namanya setiap hari sambil memikirkan kejayaan. Katanya ia adalah salah satu cara untuk berfikiran positif dan memberi fokus kepada dirinya agar dapat menuju kejayaan. Mungkin ini juga adalah salah satu cabang minda separa sedar.

Kredit : http://eshazara.blogspot.my


Daftar UAG di sini : https://goo.gl/L5I6XM
Daftar XM sini  : https://goo.gl/vbAJQg