Wednesday, October 25, 2017

Asal Usul Kuala Nerang.



ASAL USUL KUALA NERANG


Kuala Nerang berasal daripada dua cerita rakyat yang menjadi tunjang kepada nama Kuala Nerang. Cerita rakyat yang di maksudkan adalah cerita berkaitan Kuala dan dan Cerita berkaitan Nerang. Kuala adalah pertembungan dua sungai utama di daerah ini iaitu Sungai Pedu dan Sungai Ahning. Manakala Nerang pula membawa maksud kawasan yang merinbun atau kawasan yang diliputi oleh pokok-pokok atau hutan.

Ada juga berpendapat nama Nerang di ambil sempena nama anak Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Hamid Syah iaitu bapa kemerdekaan yang pernah bertugas sebagai pegawai daerah di sini dan beliau menamakan Kuala Nerang sempena nama puteranya iaitu Tunku Ahmad Nerang.

TEMPAT MENARIK DI KUALA NERANG

1.Hutan Lipur Puncak Janing.

Kawasan yang amat terkenal suatu ketika dahulu. Tempat rekreasi dan riadah bukan sahaja untuk keluarga yang menetap di Kuala Nerang tetapi juga bagi yang datang dari luar kawasan. Air terjun yang sejuk dan kawasan perkelahan yang sangat sesuai untuk semua lapisan masayarakat, Tetapi sekarang kawasan ini boleh di katakan hanya tinggal kenangan kerana pernah terjadi kes 'air kencing tikus' dan mengorbankan beberapa nyawa, Sejak dari itu kawasan ini mula di tinggalkan dan hanya dikunjungi oleh beberapa orang sahaja yang berniat untuk melihat kawasan tersebut.

2. Tasik Pedu


Terletak lebih kurang 30KM dari Pekan Kuala Nerang. Kawasan ini juga pernah menjadi kawasan yang terkenal untuk pengunjung dari luar Kedah datang untuk bercuti dan bersantai untuk pemandangan yang cantik. Kawasan ini juga sekarang sudah di tinggalkan dan boleh di katakan kawasan ini adalah kawasan yang agak terpencil. Kawasan ini hanya popular bagi golongan yang suka memancing dan berburu. Kawasan ini juga menyimpan pelbagai cerita hingga memaksa semua  chalet di Tasik ini di tutup. Ada kelapangan admin akan menambah entri menceritakan cerita-cerita ganjil yang berlaku di kawasan ini.

3. Kawasan Buah-Buahan Tempatan.

Kawasan Kuala Nerang sangat terkenal dengan pelbagai buah-buahan tempatan terutama buah durian. Terapi ada juga buahan yang lain seperti rambutan, nangka, cempedak dan banyak lagi. Jika anda ke kawasan ini di musim buah, anda pasti akan terpegun kerana boleh di katakan sepanjang jalan anda dapat melihat peniaga menjual buah-buahan dengan harga yang sangat berpatutan.





Jadi itulah sedikit sebanyak maklumat yang dapat admin kongsikan untuk entri kali ini. Entri ini akan di tambah dari semasa ke semasa mengikut kelapangan admin.