Saturday, August 27, 2016

Keperluan Takaful

Bila kita bercerita tentang Insurans mesti akan bercerita pasal mati , kemalangan dan penyakit. Sudah menjadi lumrah manusia akan sakit dan kita tidak dapat menjamin keselamatan kita. Kalau yang beragama Islam pula kita mesti percaya kepada Qada dan Qadar. Salah satu cara untuk meringankan beban kita bila di timpa musibah adalah dengan perlindungan Insurans dan Takaful.

Insurans dan Takaful mempunyai perbezaan yang amat ketara walaupun fungsinya adalah lebih kurang sama. Bahasa mudah Takaful adalah terjamin dari segi kesuciannya dan Insurans konvensional adalah tidak terjamin kesuciannya. Sila rujuj rajah di bawah supaya kita nampak dengan lebih jelas lagi.


Apa Insurans Konvensional?
  1. Pemegang polisi akan membayar polisi kepada syarikat insurans dan semua duit akan dipegang dan diuruskan oleh syarikat tersebut.
  2. Syarikat Insurans akan melaburkan bayaran premium pelanggan mereka ke dalam pelaburan yang mereka rasakan sesuai untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum tanpa menghiraukan syarikat pelaburan itu patuh syariah ataupun tidak.
  3. Keuntungan syarikat dari pelaburan tersebut adalah hak mutlak syarikat.
  4. Syarikat Insurans akan membayar pampasan mengikut pelan Insurans yang di ambil pelanggan.
Apa Takaful?

Dalam konsep takaful, pemegang sijil akan menyumbang setiap bulan dan dikumpulkan di dalam satu tabung. Dana di dalam tabung akan digunakan untuk menolong ahli-ahli yang lain. Bahasa mudah Takaful lebih kepada  konsep tolong menolong. Takaful lebih mementingkan amalan keadilan dan kesamarataan di mana takaful tidak mengmbil semua pendapatan dari pelaburan.
  1. Pemegang polisi akan membuat sumbangan setiap bulan dan sebahagian dari sumbangan ini akan di berikan kepada syarikat pengendali Takaful. Sumbangan ini di namakan Fi Wakalah.
  2. Pengendali Takaful akan membuat pelaburan di syarikat-syarikat yang mempunyai Tauliah patuh syariah.
  3. Semua keuntungan akan di masukkan kembali ke dalam Tabung Takaful dan jika terdapat lebihan akan di agihkan kepada ahli.
  4. Pemegang polisi akan diberitahu tempoh polisi dan segala terma-terma yang terdapat di dalam perjanjian. Tidak akan ada bayaran lain yang tersembunyi.

Apa kepentingan Mengambil Pelan Takaful Berbanding Insurans Konvensional?

Sebagai seorang Muslim kita perlu memastikan setiap inci diri kita bebas dari unsur-unsur riba atau amalan-amalan yang boleh merosakkan akidah kita sebagai seorang Islam. Begitu juga dengan Takaful. Kita boleh memilih untuk menjadi salah seorang penyumbang di dalam Takaful dan mendapat menfaat darinya di samping menjamin kesuciannya.

Kita juga berpeluang untuk menyucikan harta kita dari sebarang riba yang terdapat di dalam perniagaan konvensional.Walaupun pada masa ini sukar untuk menetukan halal dan haram tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba. Salah satu caranya adalah dengan menyumbang di dalam takaful.

Kita juga dapat saling bantu menbantu sesama Muslim dan mengembangkan ekonomi umat Islam. Jika kita dapat memberi sokongan kepada perniagaan bukan Islam kenapa kita susah hendak menyokong perniagaan Islam? Fikirkan....




Daftar UAG di sini : https://goo.gl/L5I6XM
Daftar XM sini  : https://goo.gl/vbAJQg