Sunday, August 28, 2016

ISU SEMASA : PROTON PERSONA 2016 DI LANCARKAN.

Assalamualaikum..

Mungkin masih ramai yang tidak tahu Proton telah mengeluarkan satu lagi Model keretanya iaitu Proton Persona 2016. Walaupun masih mengekalkan nama yang sama namun dapat di lihat banyak perubahan yang di tonjolkan untuk Model Persona 2016 kali ini.

PROTON Holdings Bhd (PROTON) tidak ketinggalan untuk mengeluarkan jentera keluaran mereka pada tahun 2016 yang menyaksikan kereta sedan Proton Persona serba baharu akan dilancarkan pada 23 Ogos ini Tempahan kereta baru Proton Persona 2016 boleh dibuat mulai pada tarikh 15 Ogos 2016. Proton Persona ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium serta didatangkan dengan ciri keselamatan terbaik

Dari pandangan pertama, Kereta Proton Persona dilihat sarat dengan penambahbaikan berbanding model terdahulu. Malah menerusi tinjauan MYsumber di laman media sosial permotoran, boleh merumuskan bahawa ciri-ciri baharu yang dipertingkatkan itu dijangka Persona serba baharu ini mendapat sambutan hangat dan mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap jenama Proton Ringkasan Ciri-Ciri Kereta Proton Persona 2016 Proton Persona 2016 menggunakan enjin 1.6 Liter VVT untuk semua varian, Persona yang menerima pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP, mampu memecut 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 10.9 saat, prestasi lebih baik berbanding 12 saat untuk model terdahulu 

‎Dari sudut keselamatan, Proton Persona 2016 didatangkan dengan enam beg udara bagi varian Premium dan dua beg udara bagi varian lain, serta ciri lain termasuk Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Brek (BA), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Anti-kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD) Sementara, ruang but juga dipertingkatkan dengan kapasiti 510 liter berbanding 430 liter bagi model terdahulu, dan lebih menarik adalah sistem penjimatan bahan api yang mengagumkan iaitu kurang 13 peratus bagi transmisi manual dan 10 peratus (automatik) berbanding Persona yang dilancarkan pada 2007 Selain sistem keselamatan dipertingkatkan, PROTON juga menerapkan inovasi terkininya untuk struktur badan dengan menggunakan teknologi Hot Press Forming, yang mana kekuatannya lima kali ganda dari besi biasa Untuk varian Stan­dard, terdapat dua pilihan transmisi gear iaitu manual dan auto manakala varian Premium ialah pilihan bodykit dan tanpa bodykit Proton Persona ditawarkan dalam enam pilihan warna iaitu Car­nelian Brown, Quartz Black, Cotton White, Ruby Red, Sterling Silver dan Graphite Grey.







Daftar UAG di sini : https://goo.gl/L5I6XM
Daftar XM sini  : https://goo.gl/vbAJQg