Assalamualaikum...
Anda percaya wujudnya makhluk halus? Jin, bunian , hantu , syaitan? Kebanyakkan kita hanya percayakan kepada yang negatif sahaja. Walhal terdapat juga benda-benda yang kita tidak nampak tetapi kita wajib percaya seperti malaikat, hari kiamat, syurga dan neraka. Bagi yang tidak pernah mengalami kejadian pelik atau 'terkena' , mungkin mereka tidak mempercayainya. Jadi kali ini saya nak bercerita tentang perihal makhluk halus ini dan melalui pengalaman saya.
Tanda-tanda gangguan syaitan/ serangan gangguan makhluk halus:
1. Tidur dalam keadaan resah, rimas dan cemas serta selalu terjaga
2. Mengalami mimpi yang buruk dan menakutkan
3. Bermimpi melihat berbagai jenis binatang seperti kala jengking, anjing, tikus dan lain-lain
4. Kadang menangis dan kadang ketawa ketika tidur
5. Selalu bermimpi terjatuh dari tempat tinggi
6. Terasa panas badan terutama di bahagian belakang
7. Fikiran selalu kacau, terasa gelap dalam perut, badan terasa lesu dan malas
8. Suka marah-marah tanpa suatu sebab yang munasabah
9. Selalu sakit kepala
10. Hilang fokus pada pekerjaan dan juga percakapan
11. Sakit di bahagian bawah tulang kipas dan bawah punggung
Tanda-tanda sihir pemisah (memisahkan seseorang individu dengan individu lain)
1. Terdapat perubahan tabiat/perangai secara tiba-tiba
2. Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau rakan
3. Kehadiran pandangan buruk keatas pasangan misalnya nampak suami atau isteri begitu buruk dan hodoh
4. Masing-masing suka menegakkan benang basah dan tidak mahu mengalah
Tanda-tanda sihir pengasih
1. Kehadiran perasaan rindu dan cinta yang mendadak kepada seseorang
2. Terikut-ikut kehendak pasangan (haram) atau individu secara berlebihan
3. Kuat berkhayal tentang adegan seks
4. Berkeinginan tinggi untuk melakukan hubungan seks
Tanda-tanda sihir menghadirkan penyakit (membuat sesorang itu jatuh sakit)
1. Cakap merapu
2. Fikiran bingung
3. Sentiasa resah gelisah
4. Tidak menjaga kebersihan diri
5. Gemar bersendirian
6. Tidak suka bergaul dengan kawan-kawan
7. Tidak ada kekuatan fizikal dan mental
Dalam banyak-banyak tanda, terdapat lebih kurang 4 tanda pada diri saya. Saya pernah beberapa kali bermimpi yang menakutkan, hantu, ular dan binatang berbisa yang lain. Semasa saya menulis ini, saya masih belum mengesahkan adakah saya benar-benar terkena atau hanya ilusi semata-mata. Saya pos dulu setakat ini sebab esok saya nak berubat dengan seorang ustaz ni. Insyaallah saya akan update lagi nanti.
Update
Sebenarnya bila dah check, tak da apa pun. Semua tu perasaan sendiri je. Duduk sorang2 macam2 terfikir. So jadi masalah jugak. Kalau tak fikir pun jadi masalah jugak. Ustaz tu pun dah bagi air ruqyah. Dah di minum dan di sembur di sekitar rumah. Alhamdulillah dah selamat semua. Ustaz tu pu tak minta apa2 bayaran. Sekadar ikhlas.
Update
Sebenarnya bila dah check, tak da apa pun. Semua tu perasaan sendiri je. Duduk sorang2 macam2 terfikir. So jadi masalah jugak. Kalau tak fikir pun jadi masalah jugak. Ustaz tu pun dah bagi air ruqyah. Dah di minum dan di sembur di sekitar rumah. Alhamdulillah dah selamat semua. Ustaz tu pu tak minta apa2 bayaran. Sekadar ikhlas.
Daftar UAG di sini : https://goo.gl/L5I6XM
Daftar XM sini : https://goo.gl/vbAJQg
Daftar Justforex di sini : https://justforex.com/landing/first-step-to-profit?ref=73812
Daftar Justforex di sini : https://justforex.com/landing/first-step-to-profit?ref=73812