Saturday, August 27, 2016

Isu Semasa : Lan Pet Pet Di Kompaun.

Pelawak terkenal dari kumpulan Senario, Lan Pet Pet di kompaun oleh MBSJ kerana meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak di benarkan dan mengganggu lalu lintas. Isu ini menjadi hangat apabila terdapat seorang netizen memuat naik video menunjukkan pertelingkahan antara Lan Pet Pet dengan seorang Pegawai MBSJ.

Lan Pet Pet berang apabila pegawai MBSJ mengunci tayar keretanya kerana masih terdapat Isterinya di dalam kereta. Ujar Lan Pet Pet pegawai boleh meinta isterinya untuk mengalih kereta tersebut tanpa perlu mengunci keretanya. Video berdurasi 2 minit itu menjadi viral sejak kelmarin.



Tetapi perkara ini sudah diselesaikan dengan cara baik apabila Lan Pet Pet membayar kompaun dan meminta maaf secara terbuka. Sikap inilah yang perlu dijadikan contoh apabila memintamaaf apabila melakukan kesalahan. Bagi kami juga di Luthmedina menganggap perbuatan Lan Pet Pet adalah betul dan mengaku kesilapannya. Tahniah Mazlan...

Kredit : Utusan Malaysia