Thursday, March 10, 2016

Buah Mengkudu



Salam.....


Tadi lepas maghrib ada 1 meeting area Bandar Sunway. Tajuk meeting tu pasal buah mengkudu. Saya ni kategori orang kampung tapi tak tahu buah ni banyak khasiat terutama untuk orang darah tinggi dan kencing manis. So , dari situ saya dapat tahu ada 1 produk ni agak famous dan sangat sesuai untuk mencegah penyakit2 3 serangkai ni. Sebelum apa2 baik kita tengik dulu apa yang baiknya pasal buah mengkudu ni.








Khasiat Pokok Mengkudu


Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.


Khasiat Pokok Mengkudu yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti darah tinggi, Kanser, kencing manis, Masaalah buah pinggang, mengkudu, Morinda spp, noni, Penafasan.


Proxeronine penting untuk mensintesis alkaloid xeronine. Xeronine ialah sejenis protein yang hanya dapat dihasilkan dalam usus manusia. Kekurangan xeronine boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Proxeronine dan proxeronase akan berubah menjadi xeronine melalui tindakbalas biokimia dalam usus. Ini seterusnya boleh mengaktifkan fungsi enzim dalam badan manusia serta merangsang sistem pencernaan, sistem peredaran darah, sistem doktrin dan sistem pembiakan.


Dengan adanya xeronine, ia boleh mencegah pelbagai jenis penyakit seperti diarrhea, asma, diabetes, arthritis, migrain, masalah haid, batuk, sakit tekak, penyakit mulut dan gusi, merendahkan tekanan tinggi, mencegah pertumbuhan parasit dan kulat, merencatkan pertumbuhan sel-sel barah dan lain-lain penyakit lagi.


Xeronine juga menggalakkan pertumbuhan tisu dan mengaktifkan fungsi sel-sel badan. Oleh itu, xeronine turut memperlihatkan kesan yang terserlah untuk patah tulang, salah urat, seranggan serangga, barah, melecur dan terbakar serta menghalang proses penuaan.


Merawat penyakit kronik seperti penyakit barah atau kanser, penyakit jantung, strok, diabetes (jenis 1dan jenis 2), afrodiasiak, kegemukan, tekanan darah tinggi, rheumatism, sakit alergik, masalah pencernaan, masalah pernafasan, masalah tidur, gangguan fungsi otak, penyakit buah pinggang, ataupun tekanan.


Buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat.


Di kalangan masyarakat kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap sebagai buah ajaib kerana nilai perubatannya yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu.


Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri. Biji mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap. Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Sementara itu, pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna untuk menghalang proses penuaan.


So, dari sini kita dapat simpulkan buah mengkudu ini mempunyai khasiat yang sangat banyak dan mempunyai potensi untuk di komersialkannya. Sampai sini dulu penulisan saya untuk malam ni. SALAM.......


Sumber Rujukan.


http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2011/08/mengkudu-penawar-atau-racun.html


Daftar UAG di sini : https://goo.gl/L5I6XM
Daftar XM sini  : https://goo.gl/vbAJQg

Maggie Goreng simple........



Salam....


Petang2 ni tak tau nak buat apa. Dah diri ni suka sangat dengan makanan, So kepala otak
pun asyik fikir pasal makan ja. Tiba2 ternampak Mee Maggie yang tersadai dekat 2 bulan
dah. So, di sini saya sertakan beberapa resepi Maggie goreng yang simple dan sangat sesuai
untuk 'budak2' bujang.



BAHAN-BAHAN (3 Bungkus Maggi)

1) Mee Cintan Tanpa Goreng @ Mee Maggi
2) Bawang Merah Kecil dan Bawang Putih
3) Sos
4) Kicap
5) Lada Hitam Serbuk @ Lada Hitam Biji
6) Udang atau Ayam
7) Garam dan gula secukup rasa
8) Taugeh jika suka

CARA MEMASAK

1) Masak air di dalam periuk. Setelah mendidih, celurkan mee anda. Jangan terlalu lama, takut nanti terlembik sangat dan hancur bila digoreng.
2) Hiris bawang merah kecil dan bawang putih. Sukatan? Kalau aku gunakan sebungkus mee maggi, aku pakai 2 - 3 biji bawang merah kecil dan 2 ulas bawang putih. Panaskan kuali. Bila dah panas, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan putih yang kita hiris tadi sehingga kekuningan dan naik bau.

TIPS : Bawang merah kecil bagi aku lebih sedap dan manis jika dibandingkan dengan bawang merah besar. Dan selalunya, aku suka pakai banyak bawang sebab ianya menambahkan manis pada mee yang kita goreng. LAGI BANYAK BAWANG MERAH KECIL LAGI BEST!

3) Masukkan sos cili. Aku main curah saja. Agak-agak. Ikut rasa. Tapi lebih kurang dalam 5 - 6 sudu besar. Masukkan kicap cair. Ini pun agak-agak. Jangan terlalu banyak sebab nanti hitam dan masin. Ikut selera anda.

4) Gaulkan sos dan kicap tadi biar sebati. Masukkan udang atau ayam anda. Aku suka masukkan udang atau ayam dalam mee goreng sebab ianya memaniskan masakan dan tak nampak terlalu bosan. Jika anda rasa terlalu pekat, anda boleh campurkan air sedikit. Sedikit saja okay. Jangan terlalu banyak. Yang penting kelikatan kuah dia masih kekal. Jangan terlalu likat jangan terlalu cair. AGAK-AGAK. ^^

5) Taburkan sedikit lada hitam serbuk. Aku malas nak guna biji sebab malas nak tumbuk. Tapi kalau guna yang biji bagi aku lagi sedap rasanya. Orang kata, rasa dia bangkit. Anggaran dalam setengah sudu kecil.

6) Perisakan dengan garam dan gula ikut selera anda. Akhir sekali masukkan mee yang telah dicelur. Gaul sehingga bahan tumisan tadi kena pada mee anda dengan serata. Taburkan sedikit serbuk lada hitam pada mee untuk memberi kepedasan pada masakan. Sukatan terpulang dan ikut selera anda.

7) Masukkan taugeh sebelum mee diangkat. Kaup balikkan kesemua bahan. Bila dah agak semuanya mesra (tak perlu terlalu lama atas api), tutup api dan bolehlah dihidang.

So, dah boleh hidang. Selamat mencuba.

Nasi Lemak



Salam....


Hari ni teringin plak nak makan nasi lemak. Ini adalah salah satu makanan kegemaran saya dan antara makanan yang menjadi pantang sejak2 ni. :-(

Ok. Nak makan sapa pun tau kan. Masalah nak buat tu yang menjadi masalah kepada orang ramai. Untuk pengetahuan, makan masakan sendiri adalah lebih afdal terutama kepada mereka2 yang ada penyakit 3 serangkai (Darah tinggi, kencing manis, jantung.





Resepi Nasi Lemak 1

Bahan untuk nasi

3 cawan beras
1 cawan santan
3 cawan air ( anggaran saja –kadar air ikut jenis beras yang anda guna, boleh tambah jika di perlukan)
3 hiris halia
1 helai daun pandan
3 ulas bawang merah ( di hiris) sedikit garam
Cara-caranya

Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
Bahan Untuk Sambal
6 sudu besar cili giling
3 biji bawang merah

– ditumbuk 2 ulas bawang putih

– ditumbuk 2 biji bawang besar

– 1 biji bawang ditumbuk dan 1 biji bawang besar hiris
segenggam ikan bilis ( sebahagian di tumbuk, sebahagian lagi di goreng )
sedikit air asam jawa
sedikit belacan jika suka
sedikit garam, gula dan perasa

Cara membuat sambal
1. Tumis cili giling, bawang merah, bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan belacan hingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng.
Bahan sampingan lain;
ikan bilis goreng timun
dihiris kacang tanah telur rebus
Resepi Nasi Lemak 2

3 cawan beras basmathi
~ cuci bersih dan rendam sekejap
~ kemudian toskan airnya

2 cawan santan
~ dari 1 biji kelapa

3 cawan air

Sedikit minyak untuk menumis

2 helai daun pandan
~ disiat 2 dan disimpul

1 batang serai
~ dititik

2 sudu teh halba

1 sudu teh garam

2 inc halia
~ dihiris kasar atau dititik

3 ulas bawang merah ~ dihiris
Cara Memasak
Mula-mula kita pijarkan minyak dalam periuk
Tumiskanlan bawang, serai, halia, daun pandan dan halba hingga wangi
Masukkan air dan santan
Masak hingga mendidih
Tambahkan garam dan kacau rata.
Dalam periuk nasi kita tuangkan beras yang telah kita toskan airnya tadi!
Kemudian kita tuangkan pula santan yang telah kita masak diatas tadi
Tanaklah nasi seperti biasa.
Bila dah masak kacau nasi dengan menggunakan chopsyik supaya beras tak patah
Nasi lemak sedia dihidangkan bersama sambal tumis, telur rebus atau telur dadar, timun, kacang goreng
Resepi Nasi Lemak 3
Bahan untuk nasi:
2 cawan beras
1 cawan santan dan 1 cawan air (guna 1/2 cawan santan pekat dan 1 1/2 cawan air)
1 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia
secubit garam
Bahan untuk sambal:
6 sudu besar cili kering mesin
4 ulas bawang merah -ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang besar -dihiris
segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
sedikit air asam jawa
sedikit belacan (jika suka)
garam dan gula
Bahan sampingan lain:
Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.
Cara penyediaan:
Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
Tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang yang ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Ok... Selamat mencuba...... :-)