Sunday, October 29, 2017

Kunyit : Khasiat Dan Kebaikannya Kepada Kesihatan.


PENGENALAN

Kunyit atau dalam bahasa saintifiknya, Curcuma Longa adalah sejenis tumbuhan renek dari keluarga halia, Zingiberaceae. Daun, bunga dan rizom nya boleh digunakan dan berkhasiat. Dimanfaatkan sebagai bahan makanan, ubatan dan juga aroma dan warna. Dahulunya tumbuhan ini amat jarang di gunakan di dalam perubatan. Tetapi pada masa kini tumbuhan ini sudah menjadi salah satu campuran yang sangat penting untuk menghasilkan ubat ubatan berasaskan herba.

Kunyit ini boleh di katakan tumbuhan yang berasal dari asia tenggara. Tetapi tumbuhan ini hanya popular bagi masyarakat melayu di Malaysia dan Indonesia. Banyak produk berasaskan tumbuhan ini yang banyak di hasilkan oleh negara Malaysia dan Indonesia. Cuaca asia tenggara yang panas dan lembap sepanjang tahun menjadikan tumbuhan ini mudah untuk subur di negara ini.




KHASIAT KUNYIT

Bahan aktif pada kunyit dinamakan Curcumin, yang mempunyai bau yang kuat seakan mustard, sedikit pahit dan pedas. Kandungan curcumin di dalam serbuk kunyit yang organik ialah sebanyak 3.14%. Curcumin mempunyai kelebihan dalam bidang perubatan kerana sifatnya yang anti tumor dan antioksida. Curcumin juga.


1. Melindungi saraf, mengurangi risiko radang otak dan mengembalikan homeostasis energi pada sistem otak yang terganggu akibat terluka atau trauma.

2. Menghambat dan mengurangi penumpukan plak amiloid-beta pada penderita Alzheimer.

3. Melindungi hati, antara lain dari hemangioendotelioma, hepatokarsinoma, dan Hepatitis B

4. Melindungi pankreas dari akibat ratio sitokina yang berlebihan, bahkan setelah transplant serta menurunkan resistan terhadap insulin dan leptin.

5. Melindungi sel Leydig dari pengaruh alkohol.

6. Menurunkan peradangan pada jaringan adiposa.

7. Menghambat pertumbuhan sel kanser seperti kanser payudara dan sel prostat.

8. Mengurangkan risiko leukimia

Sebenarnya terdapat banyak lagi khasiat kunyit yang amat berguna kepada manusia. Tetapi penulis ingin lebih menekankan penggunaan kunyit di dalam penjagaan harian khususnya untuk penggunaan dalaman serta penjagaan muka. Hal ini kerana penulis sendiri sudah merasai perubahan yang amat ketara dengan penggunaan tumbuhan ini secara berterusan.

JUS KUNYIT HOME MADE

Penulis ingin berkongsi satu resepi yang amat mudah untuk di buat. Yang penting jangan malas sahaja. Penulis bukanlah pandai sangat di dalam ilmu herba tetapi apabila anda rebus kunyit dan madu lebah asli dan di minum semasa awal pagi dan waktu malam sebelum tidur, penulis memberi jaminan anda akan dapat merasai kesannya. Itu sahaja resepi mudah penulis. Di harap siapa yang mencuba dapatlah berkongsi perubahan di sini.

P/S : Penulis dan isteri dah cuba. Anda bila lagi.