Tuesday, March 28, 2017

Roti Canai Mudah

Assalamualaikum.

Roti canai adalah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Walaupun seringkali di kaitkan dengan obesiti dan bermacam lagi penyakit merbahaya tetapi ianya masih menjadi tarikan tidak kira kaum mana sekalipun. 

Pada asalnya ianya hanya di nikmati oleh kaum India sahaja. Tetapi sesudah penduduk di Malaysia mengalami asimilasi dan dapat menerima makanan ini, ianya sudah menjadi kegemaran penduduk Malaysia. Dibawah ini saya menyediakan cara-cara menyediakan makanan ini bagi sesiapa yang rajin untuk membuatnya sendiri.

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
750ml air
200 gram susu pekat
1 sudu garam
1 sudu besar mentega / marjerin
5 sudu besar tepung gandum ( jika  roti canai anda terlalu lembik , tambahkan sedikit tepung gandum ni )

Cara membuat:

1.Masukkan tepung gandum , susu pekat , mentega dan garam secukup rasa kedalam bekas , kemudian kacau hingga sebati.

2.Masukkan air kedalam bahan yang dikacau sebati.

3.Uli hingga jadi bulat dan rehatkan selama 5-10 minit.

4.Uli lagi selama 6 – 8 minit ( ulangi langkah ini sebanyak 3 kali – uli dan rehatkan )

5.Uli sehingga menjadi kenyal dan tak melekat.( jgn risau kalau proses pertama terasa melekat di tangan kalau ianya masih lembik lagi selepas proses kedua , uli dan rehat , tambah sedikit tepung (1/2 sudu besar ).

6.Bentukkam menjadi bebola kepada 20 biji dan salut dengan margerin (perap selama 3 jam atau lebih).

7.Ambil roti , nipiskan sebesar piring dan tebar hingga menjadi nipis (utk mengelakkan koyak ,
tangan mesti sentiasa berminyak ).

9.Panaskan kuali dgn api sederhana , letaklah sedikit minyak dan masak hingga perang. (sambil terbalikkan roti , hendaklah sentiasa merenjis minyak diatas roti).

10.Siap untuk dihidangkan.




Ok. Boleh share kalau rasa memberi manfaat kepada semua.