Tuesday, October 4, 2016

Khasiat Pokok Kapal Terbang

Assalamualaikum.

Pernah dengar pokok kapal terbang?? Orang kampung macam saya mungkin pernah dengar tapi untuk penduduk bandar Mungkin tak pernah dengar. Pokok yang langsung tidak kena mengena dengan namanya tetapi mempunyai banyak khasiat. Hanya mengikut kita mampu buat ataupun tidak..

Bila bercerita pasal ubat ubatan berkonsepkan pokok ni.. dah tentu nak makan atau nak mengambilnya memerlukan cara yang tersendiri. Dan yang paling ramai tak tahan dah tentu rasanya yang akan membuatkan kita tidak lalu. Memang pahit hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Tumbuhan ini ialah sejenis tumbuhan beracun.Keracunan pokok ini boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Berhati-hati jika anda menanam pokok ini . Pastikan ia tidak dapat dicapai oleh anak-anak kecil. Kegunaan perubatan pokok kapalterbang hanya sekadar untuk kegunaan luaran sahaja. Daun kapalterbang boleh dijadikan ubat luka. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dah ditampal pada bahagian yang terluka tersebut. 

Selain daripada itu daun kapalterbang 
merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. Caranya adalah dengan mengambil  daun kapal terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih). Buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut. Kadang-kadang daun sekentut juga diupar bersama dengan daun kapal terbang dan kapur untuk untuk ubat kebung dan cirit birit bayi.

Selain dari itu ibu-ibu selepas bersalin menggunakan daun ini untuk bertunku. Khasiat daun kapal terbang ini juga herba mandian atau herba wap. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan. Selain daripada kegunaan perubatan daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak.

Peringatan: selepas guna pokok ini cuci tangan bersih-bersih dan pastikan jangan ada sedikitpun kandungan dari tumbuhan ini masuk kedalam badan kita.Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada baby nya melalui uri. simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali (pembesaran hati). ini disebabkan oleh bahan aktif Alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. malangnya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian. oleh itu anda di nasihatkan supaya berhati-hati menggunakan tumbuhan ini. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera jika sebarang bahagian dari pokok ini termasuk ke dalam tubuh anda.

Ia kadang-kadang ditanam sebagai tumbuhan perubatan dan hiasan. Ia digunakan sebagai ubat tradisionaldi Indonesia. Daun muda yang dihancurkan, dan cecair yang terhasil boleh digunakan untuk merawat luka-luka kulit.

Tapi dalam banyak2 manfaat yang ada, saya lebih suka kepada perubatan kencing manis. Saya adalah antara individu yang mempunyai gejala2 awal kencing manis dan telah cuba dengan mengambil daun kapal terbang ini. Alhamdullilah walaupun tidak banyak berubah tetapi ianya sedikit sebanyak dapat membantu. Tuan2 boleh mencuba bila ada kesenangan nanti.

Daftar LiteForex >> http://bit.ly/2lpUJBw

Daftar UAG di sini : https://goo.gl/L5I6XM
Daftar XM sini  : https://goo.gl/vbAJQg